From: Murali <sslie@tm.net.my>
To: raaios <raaios@pd.jaring.my>
Subject: Cara nak mendapatkan gambar yang jelas
Date: Thursday, March 07, 2002 4:38 PM
saudara,
Terima kasih atas nasihat saudara selama ini.
Baru-baru ini saya telah mengambil gambar perkahwinan saudara saya dan
selepas mencucinya di kedai Agfa saya dapati tidak begitu memuaskan, walaupun
saya menggunakan flash yang sesuai.
Ada kawan saya mengatakan bahawa kalau mencuci gambar
di kedai Kodak yang menggunakan Kodak Gold paper, hasil yang didapati
adalah amat memuaskan. Adakah ini benar? Apakah nasihat saudara terhadap
perkara ini?
Sekian, terima kasih.
Date: Fri, 22 Mar 2002 01:44:05 +0000 (GMT)
From: "Abd Raai Osman" <raaios@yahoo.com> | Block Address
| Add to Address Book
Maaf, saya agak lambat menjawab emel anda. Saya cadangkan jika anda mahu
mengirimkan emel elok di CC juga ke raaios@yahoo.com
agar masalah teknikal dapat diatasi oleh saya. Dengan itu emel anda tidak
akan terbantut. :)
Ya, menggunakan filem Kodak lebih elok di print menggunakan kertas Kodak.
Namun jika kedai yang prihatin dengan mutu, mereka akan memberikan hasil
yang baik. Kerana pada program mesin, tedapat monitor untuk memberikan
selected jenis filem yakni, kod untuk sesuatu filem. Namun saya masih
bersetuju jika filem Kodak dicetak dengan kertas Kodak.